Vitamin

Vitamin ialah bahan organik iaitu bahan yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen.Kebanyakannya juga mengandungi oksigen dan nitrogen.Vitamin diperlukan dalam kuantiti kecil untuk memelihara kesihatan badan.Vitamin memainkan peranan dalam fisiologi dan metabolisme badan.

 

Vitamin

Fungsi

Kesan Kekurangan

A (Retinol)

Untuk kesihatan tisu epitelium termasuk kulit.Untuk penglihatan malam dan membantu pertumbuhan.

Rabun malam.

Xeroftalmia.

B1 (Tiamin)

Untuk respirasi sel dan penting untuk pertumbuhan serta memelihara sistem saraf.

Beri-beri.

Gangguan sistem saraf.

B2 (Riboflavin)

Untuk respirasi sel dan penting untuk pertumbuhan serta memelihara sistem saraf.

Kulit menggelupas.

Lidah membengkak.

B3 (Niasin atau asid nikotinik)

Untuk respirasi sel dan memelihara kesihatan sistem saraf, kulit dan usus.

Pelagra.

Cirit-birit.

B5 (Asid pantotenik)

Untuk pembentukan antibodi serta untuk respirasi sel.

Memelihara kesihatan sistem saraf.

Pertumbuhan terbantut.

 

Xeroftalmia

Penyakit ini disebabkan kekurangan vitamin A (retinol) yang mengakibatkan tompok-tompok kulit yang kering dan juga kornea menjadi kering diikuti oleh kecederaan kornea dan akhirnya buta.Simptom Xeroftalmia termasuklah rabun malam.Tanda pertama ialah kekeringan kornea.

         

                                                                       

    Tompok bersepan terbentuk di mata.              Buta-Pesakit Xeroftalmia-pengeringan kornea

 

Beri-beri

Beri-beri berlaku akibat kekurangan vitamin B1 (tiamina).Gejala dan tanda awal termasuklah kehilangan selera makan, otot mulai merosot dan deria rasa mulai hilang.Bagi beri-beri kering, kelumpuhan mulai terjadi di kaki dan kemudian merebak ke bahagian atasnya.Bagi beri-beri basah, lengan dan kaki menjadi bengkak dengan bendalir.Otot menjadi semakin lemah.

 

 

 

 

 

 

                                                                                               

     Pesakit Beri-beri

Pelagra

Kekurangan vitamin B5 (niasin) menyebabkan penyakit Pelagra (radang kulit) iaitu kulit menjadi coklat, kemudian menjadi kasar dan kering dan akhirnya bersisik.Mulut dan lidah turut menjadi sakit dan akhirnya bengkak.Pelagra cepat pulih dengan penambahan asid nikotinik dalam gizi makanan.

            < Kaki pesakit pelagra.

 

< Kaki pesakit pelagra-berubah warna menjadi coklat.

 KANDUNGAN 
 FOKUS
 MISTERI SAINS
 TEKNOLOGI
 TOKOH SAINS
 TAHUKAH ANDA
 CADANGAN
 WEBMASTER                    
 FORUM
 E-KEDAI
 E-MAIL
 LAMAN UTAMA