Karbohidrat

Karbohidrat ialah sebatian yang terbentuk daripada karbon, hidrogen dan oksigen dengan nisbah hidrogen kepada oksigen sama dengan 2:1.Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga.Kekurangan karbohidrat kepada manusia ialah boleh menyebabkan penyakit Marasmus iaitu (perkembangan terbantut).

Protein

Protein merupakan kelas makanan yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.Protein ialah suatu bahan organik yang kompleks.Asid amino ialah unit asas protein.Protein juga bertujuan untuk membina sel, memperbaiki tisu, pembinaan enzim, antibodi dan hemoglobin.Ia juga membekalkan tenaga.Kesan kekurangan protein terhadap manusia ialah:

Penyakit Marasmus

Penyakit yang menyebabkan kadar perkembangan fizikal seseorang terbantut.

Penyakit Kwasyiokor

Penyakit yang menyebabkan bendalir tisu berkumpul di dalam badan pesakit menjadikan badan pengidap menjadi buncit serta juga kehilangan selera dan menghidap cirit-birit.

   

 

Penyakit Kwasyiokor

 KANDUNGAN 
 FOKUS
 MISTERI SAINS
 TEKNOLOGI
 TOKOH SAINS
 TAHUKAH ANDA
 CADANGAN
 WEBMASTER                    
 FORUM
 E-KEDAI
 E-MAIL
 LAMAN UTAMA