Garam mineral

Garam mineral ialah bahan tak organik dalam bentuk ion.Seperti vitamin, garam mineral diperlukan dalam kuantiti kecil untuk memelihara kesihatan badan.Kekurangan garam mineral juga dapat menyebabkan penyakit.

 

Garam mineral

Fungsi

Kesan kekurangan

Kalsium

Membina tulang dan gigi yang kuat.

Diperlukan untuk pembekuan darah.

Untuk pengecutan otot.

Riket pada kanak-kanak.

Osteomalasia pada dewasa.

Darah lambat membeku.

Kekejangan otot.

Magnesium

Pembinaan tulang.

Pengaktif enzim.

Untuk fungsi normal otot dan saraf.

Fungsi otot dan saraf terjejas.

 

 

Besi/Ferum

Untuk membentuk hemoglobin.

Anemia.

Natrium

Menetapkan tekanan osmosis darah.

Untuk fungsi normal otot dan saraf.

Kekejangan otot.

 

Kalium

Menetapkan tekanan osmosis darah.

Untuk fungsi normal otot dan saraf.

Jarang berlaku.

Iodin

Untuk membentuk hormon tiroksina yang mengawal pertumbuhan.

Beguk pada dewasa.

Kretinisme pada kanak-kanak

Fosforus

Pembinaan tulang dan gigi yang kuat.

Pembentukan ATP dalam respirasi sel.

Tulang dan gigi rapuh.

Kurang penghasilan tenaga.

 

Fluorin

Pembinaan tulang dan gigi yang kuat.

Penyakit karies gigi.

  < Kerosakan gigi akibat kurang nutrien.

Beguk (goiter)

Beguk berlaku pada golongan dewasa yang disebabkan oleh ketiadaan iodin dalam gizi yang menyebabkan pembengkakan kelenjar tiroid.Ini disebabkan kerana kelejar tiroid memerlukan iodin untuk penghasilan hormon tiroksina.

 

Kretinisme

Berlaku akibat kekurangan iodin bagi kanak-kanak yang mana menyebabkan terbantutnya pertumbuhan fizikal dan mental seseorang pengidap.

 

 

 

 

 

 

< Pesakit Beguk.

 KANDUNGAN 
 FOKUS
 MISTERI SAINS
 TEKNOLOGI
 TOKOH SAINS
 TAHUKAH ANDA
 CADANGAN
 WEBMASTER                    
 FORUM
 E-KEDAI
 E-MAIL
 LAMAN UTAMA