Make your own free website on Tripod.com

Vitamin

Vitamin ialah bahan organik iaitu bahan yang mengandungi unsur karbon

dan hidrogen.Kebanyakannya juga mengandungi oksigen dan nitrogen.

Vitamin diperlukan dalam kuantiti kecil untuk memelihara kesihatan

badan.Vitamin memainkan peranan dalam fisiologi dan metabolisme 

badan.  

 

Vitamin

Fungsi

Kesan Kekurangan

A (Retinol)

Untuk kesihatan tisu epitelium termasuk kulit.Untuk penglihatan malam dan membantu pertumbuhan.

Rabun malam.

Xeroftalmia.

B1 (Tiamin)

Untuk respirasi sel dan penting untuk pertumbuhan serta memelihara sistem saraf.

Beri-beri.

Gangguan sistem saraf.

B2 (Riboflavin)

Untuk respirasi sel dan penting untuk pertumbuhan serta memelihara sistem saraf.

Kulit menggelupas.

Lidah membengkak.

B3 (Niasin atau asid nikotinik)

Untuk respirasi sel dan memelihara kesihatan sistem saraf, kulit dan usus.

Pelagra.

Cirit-birit.

B5 (Asid pantotenik)

Untuk pembentukan antibodi serta untuk respirasi sel.

Memelihara kesihatan sistem saraf.

Pertumbuhan terbantut.

Xeroftalmia

Penyakit ini disebabkan kekurangan vitamin A (retinol) yang mengakibatkan

tompok-tompok kulit yang kering dan juga kornea menjadi kering diikuti

oleh kecederaan kornea dan akhirnya buta.Simptom Xeroftalmia termasuklah

rabun malam.Tanda pertama ialah kekeringan kornea.

                           

 

      Tompok bersepan terbentuk di mata.

     Buta-Pesakit Xeroftalmia-pengeringan kornea.                                      

 

Beri-beri 

Beri-beri berlaku akibat kekurangan vitamin B1 

(tiamina).Gejala dan tanda awal termasuklah 

kehilangan selera makan, otot mulai merosot 

dan deria rasa mulai hilang.Bagi beri-beri kering, 

kelumpuhan mulai terjadi di kaki dan kemudian 

merebak ke bahagian atasnya.Bagi beri-beri 

basah, lengan dan kaki menjadi bengkak 

dengan bendalir.Otot menjadi semakin lemah.

Pelagra

Kekurangan vitamin B5 (niasin) menyebabkan 

penyakit Pelagra (radang kulit) iaitu kulit 

menjadi coklat, kemudian menjadi kasar dan 

kering dan akhirnya bersisik.Mulut dan lidah 

turut menjadi sakit dan akhirnya bengkak.

Pelagra cepat pulih dengan penambahan 

asid nikotinik dalam gizi makanan.                                                                               

     Pesakit Beri-beri                                

    Kaki pesakit pelagra.